Salwasaleh Chocs

Halal home made chocolates and lollichocs for all events

Salwasaleh Delights

Halal home made muffins, cakes and cookies for any occasions

Shaklee Supplement

Become a healthy Mukmin and perform your duty and activities perfectly

Salwasaleh Tasbih Taqwa

Exclusive hand made Tasbih for your personal use and as a gift to your special one

salwasaleh.com

EVERYTHING made for you with love

Showing posts with label Tips. Show all posts
Showing posts with label Tips. Show all posts

Friday, November 16, 2012

Muffins for Gaza!!

Assalamualaikum

Ramai diantara kita sudah maklum tentang berita serangan tentera Israel laknatullah alaih ke atas bumi Gaza. Namun sejauh mana kita bertindak untuk membantu saudara kita di sana?

Adakah isu serangan ini hanya kepada orang Palestin sahaja?
Adakah isu serangan ini hanya kepada bangsa Arab sahaja?
Adakah isu serangan ini hanya kepada penganut agama Islam sahaja?

Sudah tentu jawapannya tidak. Kita harus berganding bahu membela nasib mereka yang tertindas baik di Gaza, Syria, Myanmar atau di ceruk dunia mana sekalipun.

Selain doa dan bantuan kewangan, anda juga boleh membeli dan menderma.
Caranya mudah, tempahan muffin untuk CoD (Cash on Delivery) di sekitar KLCC dan Hospital Serdang dari jam 8-5pm, manakala sekitar PICC dan Alamanda pada jam 6-7pm pada hari Isnin dan Selasa (19 & 20 Nov).

Moga usaha kecil kita ini mendapat keberkatan in sya Allah

Untuk sebarang pertanyaan dan pembelian produk, sila hubungi Mizz Uwa dengan menghantar email ke uwa_chomey@yahoo.com atau SMS di talian 019 - 555 8027


Sunday, November 4, 2012

Tips menambahkan susu badan dengan Alfafa

Assalamualaikum

Bulan November datang dengan promosi yang sangat best! Betul. Raja segala tumbuhan yang famous ini sekarang boleh dibeli dengan offer Beli 6 Percuma 1. Berbaloi-baloi sangat!


Untuk ibu-ibu yang menyusukan bayi dan ingin menambahkan susu badan, Alfafa adalah salah satu supplement terbaik yang selalu saya sarankan. In sya Allah memang berkesan untuk boost pengeluaran susu badan anda! Saya sendiri hingga sekarang mengamalkan pengambilan Alfafa.
Caranya: Ambil dua biji Alfafa selepas lunch dan 2 biji selepas dinner. Ambil juga 2 biji setiap kali selepas seisi pemerahan susu. Tapi jangan sampai lebih 10 biji sehari ya. Maximum 10 biji sahaja. Ramai rakan dan customer yang dah cuba, dan kebanyakkannya alhamdulillah, berpuas hati dengan keberkesanannya untuk menambahkan susu badan.
Jadi apa tunggu lagi, jom kita beli Alfafa!!
Selain tu, Alfafa juga membantu mereka yang mengalami bengkak, sakit sendi, arthritis, ulser, penyakit perut, masalah kolon, sakit ulu hati, hernia, sembab air, tiada selera makan, bengkak buku lali dan kaki, sinus, alahan, hayfever, gout, bau badan, kaki busuk dan nafas berbau.
Alfalfa adalah semulajadi, antihistamin, diuretik, membantu penghadaman , kaya dengan serat dan klorofil, kaya dengan mineral, baik untuk pesakit kencing manis, merendahkan kolestrol, dan anti-tumor dan anti-bakteria.
Vitamin yang ditemui dalam Alfalfa:
Vitamin A – untuk penglihatan. Membina ketahanan terhadap jangkitan, terutamanya dalam saluran pernafasan; menggalakkan pertumbuhan sel; menggalakkan kulit yang sihat dan adalah penting semasa kehamilan.
Vitamin E – melindungi sel-sel terhadap kerosakan daripada sinaran dan matahari dan pencemaran udara; kesihatan jantung, kardiovaskular dan kesihatan otot; memperbaiki fungsi imun; menguatkan otot di dalam badan; membantu membawa nutrien ke sel-sel dan membantu menguatkan dinding pembuluh darah; membantu fokus mata.
Vitamin U – menggalakkan kesihatan badan untuk membantu mengatasi ulser peptik.
Vitamin B6 – membantu asimilasi makanan dan metabolisme protein dan lemak; menggalakkan kesihatan saraf dan kulit; membantu mengurangkan loya.
Vitamin K – penting bagi pembekuan darah; penting dalam fungsi hati; menyumbang kepada kecergasan dan panjang umur.
Vitamin D – mengawal penggunaan kalsium dan fosforus di dalam badan dan oleh itu diperlu kanuntuk pembentukan gigi dan tulang yang kuat dan sihat.
MINERAL yang ditemui dalam Alfalfa:
Kalsium – membina dan mengekalkan tulang dan gigi; membantu darah membeku, membantu dalam kecergasan dan daya tahan; mengawal rentak jantung, melegakan saraf.
Zat Besi – diperlukan dalam pembinaan hemoglobin; membantu pengangkutan oksigen di dalam darah.
Kalium – perlu bagi saraf otot, tindakan jantung dan tindak balas enzim; juga untuk digests lemak.
Fosforus – diperlukan untuk tulang yang normal dan struktur gigi. Saling berkait dengan tindakan kalsium dan Vitamin D. Meningkatkan peranan tisu saraf.
Klorin (klorida) – elektrolit penting yang membersihkan dan menyucikan badan; mengawal metabolisme lemak, gula dan kanji.
Sodium – mengawal keseimbangan cecair di seluruh badan, meneutralkan asid, menghalang pembekuan darah, mengaktifkan limpa, usus dan fungsi perut.
Silikon Magnesium – membantu badan untuk menangani sembelit; ketahanan saraf; melindungi kulit dan badan, dan merangsang fungsi otak.
Lain-lain KEISTIMEWAAN Alfalfa:
Kaya dengan protein – 18.9% berbanding daging lembu ,3.3% berbanding susu dan 13.1% berbanding telur. (Otot terdiri protein dan kurang protein menyebabkan keletihan dan kelesuan) –> membantu dalam penyusuan ibu
Akar alfalfa yang dalam mencari mineral penting dalam tanah, yang tidak kesampaian oleh tumbuh-tumbuhan lain.
Alfalfa adalah milk booster yang sekian lama digunakan di benua Amerika.

AWAS!!!!

Tidak semua alfalfa adalah sama,alfalfa yang didapati di supermarket adalah alfalfa sprout (biji cambah). Alfalfa lain mungkin ditanam dengan kaedah yang tak mementingkan teknologi hijau. Alfalfa Shaklee diperbuat dari daun alfalfa bermutu tinggi yang ditanam di California, USA – ditanam tanpa pertisid, racun kulat, bacteriosides, hormon sintetik dan bahan kimia.


Read more 
http://vitaminsemulajadi.com/khasiat-alfalfa-shaklee/



Untuk sebarang pertanyaan dan pembelian produk, sila hubungi Mizz Uwa dengan menghantar email ke uwa_chomey@yahoo.com atau SMS di talian 019 - 555 8027

Friday, November 2, 2012

Menjaga Kesihatan diri cara Rasulullah

Assalamualaikum

Kami di SihatMurah mengalu-alukan kepulangan para jemaah haji ke tanah air dengan mendoakan agar dikurniakan haji yang mambrur dan menjadi muslim yang lebih baik dari sebelumnya in sya Allah.

Kali ini, SihatMurah nak berkongsi amalan kesihatan baginda Rasulullah tercinta supaya dapat di ikuti oleh kita semua.Bukan fizikal semata-mata, rohani pun dijaga. Bagi yang ingin tambahkan tenaga dan perlukan supplement tambahan, jangan segab-segan hubungi SihatMurah. :)

Post ini bersumberkan laman web Aku Islam

Jom sihat cara Rasulullah!!




Ini adalah cara Rasulullah menjaga kesihatan diri agar tetap sihat
SELALU BANGUN SEBELUM SUBUH
Rasulullah mengajak umatnya untuk bangun sebelum Subuh bagi melaksanakan solat sunat, solat fardhu dan solat Subuh secara berjemaah.
Hal ini memberi hikmah yang mendalam antaranya mendapat limpahan pahala, kesegaran udara subuh yang baik terutama untuk merawat penyakit tibi serta memperkuatkan akal fikiran.
AKTIF MENJAGA KEBERSIHAN
Rasulullah sentiasa bersih dan rapi. Setiap Khamis atau Jumaat, Baginda mencuci rambut halus di pipi, memotong kuku, bersikat serta memakai minyak wangi.
“Mandi pada hari Jumaat adalah sangat dituntut bagi setiap orang dewasa. Demikian pula menggosok gigi dan pemakai harum-haruman.” (HR. Muslim)
TIDAK PERNAH MAKAN BERLEBIHAN
Sabda Rasulullah yang bermaksud: “Kami adalah satu kaum yang tidak makan sebelum lapar dan apabila kami makan tidak terlalu banyak (tidak sampai kekenyangan).” (Muttafaq Alaih)
Dalam tubuh manusia ada tiga ruang untuk tiga benda: Sepertiga untuk udara, sepertiga untuk air dan sepertiga lainnya untuk makanan.
Bahkan ada satu pendidikan khusus bagi umat Islam iaitu dengan berpuasa pada Ramadan bagi menyeimbangkan kesihatan selain Nabi selalu berpuasa sunat.
GEMAR BERJALAN KAKI
Rasulullah berjalan kaki ke masjid, pasar, medan jihad dan mengunjungi rumah sahabat. Apabila berjalan kaki, peluh pasti mengalir, roma terbuka dan peredaran darah berjalan lancar.
Ini penting untuk mencegah penyakit jantung. Berbanding kita sekarang yang lebih selesa menaiki kenderaan. Kalau mahu meletakkan kenderaan, mesti letak betul-betul di hadapan tempat yang hendak kita pergi.
TIDAK PEMARAH
Nasihat Rasulullah ‘jangan marah’ diulangi sampai tiga kali. Ini menunjukkan hakikat kesihatan dan kekuatan Muslim bukanlah terletak pada jasad, tetapi lebih kepada kebersihan jiwa.
Ada terapi yang tepat untuk menahan perasaan marah iaitu dengan mengubah posisi ketika marah, bila berdiri maka hendaklah kita duduk dan apabila sedang duduk, maka perlu berbaring.
Kemudian membaca Ta’awwudz kerana marah itu daripada syaitan, segera mengambil wudhu’ dan solat dua rakaat bagi mendapat ketenangan serta menghilang kan gundah di hati.
OPTIMIS DAN TIDAK PUTUS ASA
Sikap optimis memberikan kesan emosional yang mendalam bagi kelapangan jiwa selain perlu banyakkan sabar, istiqamah, bekerja keras serta tawakkal kepada Allah s.w.t.
TIDAK PERNAH IRI HATI
Bagi menjaga kestabilan hati dan kesihatan jiwa, semestinya kita perlu menjauhi daripada sifat iri hati. “Ya Allah, bersihkanlah hatiku dari sifat-sifat mazmumah dan hiasilah diriku dengan sifat-sifat mahmudah.”
PEMAAF
Pemaaf adalah sifat yang sangat dituntut bagi mendapatkan ketenteraman hati dan jiwa. Memaafkan orang lain membebaskan diri kita daripada dibelenggu rasa kemarahan.
Sekiranya kita marah, maka marah itu melekat pada hati. Justeru, jadilah seorang yang pemaaf kerana yang pasti badan sihat.
“BAHAGIA sebenarnya bukan MENDAPAT tetapi dengan MEMBERI. Sebenarnya, banyak lagi cara hidup sihat Rasulullah. Semoga hati kita semakin dekat dengan Nabi yang amat kita rindukan pertemuan dengannya.”

Untuk sebarang pertanyaan dan pembelian produk, sila hubungi Mizz Uwa dengan menghantar email ke uwa_chomey@yahoo.com atau SMS di talian 019 - 555 8027

Sunday, October 21, 2012

Homemade food makanan terbaik untuk bayi

Assalamualaikum

Sempena bulan Dzulhijjah yang penuh barakah ni, saya nak kongsi tips membuat makanan untuk bayi. Haa, bukan sekadar makanan bayi yang biasa ye, makanan bayi yang terbaik!!



Kita kadang-kadang sangat tak sedar bahawa alasan kita yang tak cukup masa telah menyebabkan kita mengabaikan sisi penting iaitu penyediakan makanan yang halal, bersih dan cukup zat galian untuk bayi dan anak-anak. Faktor ini adalah 'common' tak kira sama ada ibu yang bekerja, atau suri rumahtangga sepenuhnya.Jadi macam mana nak atasi ni?

1.Betulkan mind-set anda dulu.


  • Sebenarnya masa cukup. Cuma perlukan plan yang lebih baik
  • Sanggup ke kita bagi anak-anak makanan instant? Nestum la, gerber lah..semua tu penuh pengawet! Kalau tak berpengawet tu, tipulah. Macam mana nk tahan berbulan2 kalau tkde sumber untuk bagi makanan tu tahan, betul tak?
  • Semua ibu boleh masak untuk bayi dan ianya tak susah!

2. Resepi mudah untuk anda buat

  • Bubur adalah paling simple untuk dimasak. Boleh buat hari-hari (kalau yang rajin) atau seminggu dua kali (bagi yang tak berapa rajin) atau sebulan dua kali (yang paling sedikit rajinnya)
  • Aik? sebulan dua kali? Macam mana nk store? Haa, yang tu lepas ni saya akan kongsi tipsnya. Makanan untuk bayi ni memang ada caranya, macam cara kita simpan store EBM jugak la lebih kurang.
  • Pasta and the geng. Yang ni pun senang.Celup-celup, rebus-rebus, tambah sikit sos, daging dan sayur, dah siap!


3.Pelbagaikan 'add-on' dalam resipi utama

  • Contoh kalau utama adalah bubur, jangan la dok kasik bubur kosong atau bubuh ayam aje. kalau seminggu bayi atau anak kita makan mende yang sama, tak ke budak tu tensen? Kalau kita orang tua kene hidang bubur tambah ayam aje, meluat jugak kan?
  • Gilir-gilirkan.masakan 1 ayam dan carrot. masakan 2 ikan, kubis bunga, baby corn. masakan 3 asparagus, cendawan dan ikan bilis dan begitulah seterusnya

4. Makanan untuk bayi dan anak-anak yang allergic

  • Kadang-kadang kita memang tak tahu apa yang anak kita tak boleh makan. Jadi disarankan, masak masakan yang sama untuk 3 hari. 
  • contoh bubur tambah ayam dan baby corn. kalau 3 hari ok, then boleh tambah carrot. Say lepas masak carrot tu naik ruam atau gatal, jadi kita tahulah carrot adalah sebabnya. Faham kan?

Ok.rasanya sampai sini dulu.Nantikan lagi tips untuk penjagaan bayi dan anak-anak anda.
Sharing is caring..


Love

Mizz Uwa

Untuk sebarang pertanyaan dan pembelian produk, sila hubungi Mizz Uwa dengan menghantar email ke uwa_chomey@yahoo.com atau SMS di talian 019 - 555 8027


Friday, September 7, 2012

Tips slim bersama Sihat Murah


Assalamualaikum

Masih tak terlambat utk kami ucapkan Selamat Hari Raya
Maaf Zahir dan Batin.
Macammana keadaan kesihatan selepas raya?
Berat badan agak naik? Jangan risau.



Berikut disertakan beberapa tips yang boleh dipraktikkan sewaktu mengambil Set Slimming Shaklee:

1. Betulkan niat sebab apa nk kurus. Jangan niat menjurus kepada maksiat seperti boleh la pakai bikini lepas ni dan sebagainya.Niat yang baik2 seperti boleh bergaya depan suami.
2.Istigfar, selawat dan mulakan dengan bismillah
3. Selepas makan vitamin,berdoa dan bertawakallah kepada Allah agar usaha kita berhasil.
4. Shaklee Milk Shake boleh minum untuk ganti breakfast dan dinner. Tidak digalakkan untuk menggantikan lunch.
5. Ambil makanan dalam portion yang sedikit tetapi berkali-kali. Ini lebih baik dari ambil dalam kuantiti yang banyak.
6. Untuk track berat badan yang 'hilang', disarankan seisi penimbangan dilakukan setiap hari pada waktu yang sama. Contoh setiap pagi sebelum breakfast. Ini membolehkan kita track secara konsisten penurunan berat badan setiap hari.

Masih tak cukup? Banyak lagi tips lain yang akan diberikan.Nk dapatkan semua tips2 tersebut? Hubungi saya untuk dapatkan Set Slimming anda!

Selamat mencuba!!

:)

Untuk sebarang pertanyaan dan pembelian produk, sila hubungi Mizz Uwa dengan menghantar email ke uwa_chomey@yahoo.com atau SMS di talian 019 - 555 8027

Saturday, July 7, 2012

Set Mighty 3 Gems

Assalamualaikum semua

Waktu saya menulis ni, bulan Ramadhan hanya tinggal 13 hari sahaja lagi. Tak sabar nak menyambut bulan Ramadhan? Syabas! Anda adalah antara mereka yang tahu menilai kebaikan dan kemuliaan bulan yang lebih baik dari sepanjang tahun.


Tapi kan, kalau kita nak menggandakan amal ibadat dalam bulan ini, kita tak lepas dari satu perkara yang kadang merunsingkan. Apa tu?? Tenaga! Selalunya, lepas berbuka, kita dah seperti tayar pancit. Lesu dan lembik. Macam mana nk terawih?? Witir lagi? Tadarus Al-Quran??

Jangan risau lagi!

Memperkenalkan, Set Mighty Gems untuk semua.
(Non-Muslim pun boleh tau)

Set ini boleh di ambil waktu bersahur. Bagi bulan yang lain, waktu sarapan lah.
Apa kebaikannye ye?

- Kita akan bertenaga sepanjang hari in sya Allah
- Membantu meningkatkan tahap kepekaan dan penumpuan
- Memelihara kesihatan secara menyeluruh

Apa yang ade dalam set ni?

1) Meal Shakes
2) Performance Drinks
3) Energizing Soy Protein Drink

Harga? Murah sahaja.

Oh, pada sesiapa yang beli,  ada hadiah istimewa tau. Checklist esklusif Ramadhan 1433H. Boleh tengok di entry ini Checklist Esklusif Ramadhan 1433H

Untuk sebarang pertanyaan dan pembelian produk, sila hubungi Mizz Uwa dengan menghantar email ke uwa_chomey@yahoo.com atau SMS di talian 019 - 555 8027

Sunday, July 1, 2012

Tak boleh!!!

Assalamualaikum.

Nak share beberapa guideline untuk sesiapa yang mengambil vitamin Shaklee.
Ada yang tanya, kenapa vitamin Shaklee ni waktu makannya lain-lain?
Kene ikut jugak ke jadual pemakanan tu?

Itu adalah suggestion. Untuk kesan optimum.
Apapun, hari ni nak share beberapa tips lain.




Tat taraaaaa:


  1. Ibu yang hamil dan menyusukan bayi tak boleh ambil Vivix kerana ia mengubah DNA & hormon. Ibu hamil dan menyusukan memerlukan hormon tertentu dgn kadar yg tinggi dan hormon tertentu dgn kadar sedikit. Pengambilan Vivix boleh mengganggu proses kehamilan & penyusuan.
  2. Ibu yang menyusukan juga tidak digalakkan untuk mengambil Cinch kerana Cinch mengandungi kandungan kalori yg rendah. Ibu menyusu memerlukan kalori yang banyak.
  3. Penghidap SLE tak boleh amik alfalfa kerana alfala mengandungi sejenis asid amino L-canavanine yang menyebabkan pesakit SLE menjadi keradangan.
  4. Ibu hamil tak dinasihatkan amik alfalfa kerana alfalfa boleh induce kedatangan haid & menyebabkan keguguran.
  5. Penghidap Anemia tak boleh amik alfalfa kerana ia boleh memusnahkan sel darah merah.
  6. Vita-Lea tidak boleh diambil bersama Ostematrix atau Susu
  7. Vita-E tidak boleh diambil bersama Alfafa
  8. Amalkan minum air kosong sebanyak 2-3 liter sehari 


Macam mana? OK tak?

Untuk sebarang pertanyaan dan pembelian produk, sila hubungi Mizz Uwa dengan menghantar email ke uwa_chomey@yahoo.com atau SMS di talian 019 - 555 8027

Tuesday, June 19, 2012

Jadual pengambilan





Panduan ini adalah saranan untuk pengambilan vitamin Shaklee:

ESP : 1x pagi, 1x sblm tidur (bancuh 1sudu dlm 1 gelas air kosong/susu/jus/milo)
Selepas sarapan : Vitalea, B-Complex, Vita- C dan Omega
Selepas makan tengahari: Lecithin 3 biji, Zinc 1 biji dan Afalfa 2 biji
Selepas makan malam : Lecithin 3 biji dan Afalfa 3 biji
Sebelum tidur : GLA 1biji atau Vita-E 1 biji dan Ostematrix 4 biji

Perhatian:

Vita-Lea tidak boleh diambil bersama Ostematrix atau Susu
Vita-E tidak boleh diambil bersama Alfafa
Amalkan minum air kosong sebanyak 2-3 liter sehari



Untuk sebarang pertanyaan dan pembelian produk, sila hubungi Mizz Uwa dengan menghantar email ke uwa_chomey@yahoo.com atau SMS di talian 019 - 555 8027

salwasaleh.com