Salwasaleh Chocs

Halal home made chocolates and lollichocs for all events

Salwasaleh Delights

Halal home made muffins, cakes and cookies for any occasions

Shaklee Supplement

Become a healthy Mukmin and perform your duty and activities perfectly

Salwasaleh Tasbih Taqwa

Exclusive hand made Tasbih for your personal use and as a gift to your special one

salwasaleh.com

EVERYTHING made for you with love

Showing posts with label Tazkirah. Show all posts
Showing posts with label Tazkirah. Show all posts

Friday, November 16, 2012

Muffins for Gaza!!

Assalamualaikum

Ramai diantara kita sudah maklum tentang berita serangan tentera Israel laknatullah alaih ke atas bumi Gaza. Namun sejauh mana kita bertindak untuk membantu saudara kita di sana?

Adakah isu serangan ini hanya kepada orang Palestin sahaja?
Adakah isu serangan ini hanya kepada bangsa Arab sahaja?
Adakah isu serangan ini hanya kepada penganut agama Islam sahaja?

Sudah tentu jawapannya tidak. Kita harus berganding bahu membela nasib mereka yang tertindas baik di Gaza, Syria, Myanmar atau di ceruk dunia mana sekalipun.

Selain doa dan bantuan kewangan, anda juga boleh membeli dan menderma.
Caranya mudah, tempahan muffin untuk CoD (Cash on Delivery) di sekitar KLCC dan Hospital Serdang dari jam 8-5pm, manakala sekitar PICC dan Alamanda pada jam 6-7pm pada hari Isnin dan Selasa (19 & 20 Nov).

Moga usaha kecil kita ini mendapat keberkatan in sya Allah

Untuk sebarang pertanyaan dan pembelian produk, sila hubungi Mizz Uwa dengan menghantar email ke uwa_chomey@yahoo.com atau SMS di talian 019 - 555 8027


Thursday, November 8, 2012

Antara fakta dan auta

Assalamualaikum

Pernahkah pembaca semua membaca firman Allah dalam surah Hujurat, ayat ke 6?


"Wahai orang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidiklah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menampakkan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) sehingga menyebabkan kamu menyesali perkara yang kamu lakukan." 

Saya nak bercerita tentang kisah skeptikal saya terhadap surat-surat khabar (dan juga siaran berita) di Malaysia terutamanya yang jatuh dalam kategori tabloid. Bukan kerana menafikan kerja wartawan dan penulis di ruangan yang ada, tapi mempertikaikan etika kewartawanan yang pada saya belum berada ditahap sesuai untuk negara membangun seperti Malaysia.

Kalau nak cerita kisah saya dari dulu, panjang pula jadinya. Maka, saya nak ambil contoh yang berlaku pada adik saya sendiri beberapa hari lepas. Al-kisah, si adik mengikut rombongan ekspedisi memanjat Gunung Datuk (ketika musim hujan?? isyk). Ditakdirkan Allah, sesuatu telah berlaku sehingga adik saya jadi glamour kerana keluar surat khabar. Sila rujuk di laman berikut:

DI USUNG TURUN GUNUNG

Dah baca? Secara ringkasnya, wartawan tu kata:


  • Adik ni asal dari Bagan Datoh
  • Ade sakit lutut sejak kecil
  • Sakit tu berulang waktu panjat gunung
  • Berat badan 75kg menyukarkan nak bawa turun gunung
  • Ketua Skuad penyelamat menasihatkan supaya kesihatan berada ditahap yang baik kalau nak panjat gunung


 Kalau jadi pembaca tentu kita akan kata, dah tau sakit, yang gatal pegi panjat gunung (dah la time hujan) tu buat apa? Cari bala betul.

Jom pulak kita tengok fakta sebenar:


  • Adik saya ni (dan saya juga) berasal dari Teluk Intan
  • Tak pernah dalam sejarah dia ade sakit lutut pun
  • Dia sebenarnya terjatuh sewaktu turun dari Gunung kerana hujan lebat
  • Mulanya masih boleh berjalan, tetapi lepas tu lututnya 'dislocate' dan terpaksa pinta bantuan skuad penyelamat kerana memang tak boleh bergerak dah
  • Berat badan dia bukan 75kg (macam mana diorang boleh timbang plak time tu?)


Hmmm...dari seluruh artikel, tak sampai 50% boleh pakai. Itu baru perkara kecik? Cuba kalau hal-hal yang melibatkan perkara yang lebih besar macam rasuah, skandal dan sebagainya???
Tak ke mengaibkan orang dengan fakta yang auta?

Fikir-fikirkan dan selamat beramal!

:)

Untuk sebarang pertanyaan dan pembelian produk, sila hubungi Mizz Uwa dengan menghantar email ke uwa_chomey@yahoo.com atau SMS di talian 019 - 555 8027

Friday, November 2, 2012

Menjaga Kesihatan diri cara Rasulullah

Assalamualaikum

Kami di SihatMurah mengalu-alukan kepulangan para jemaah haji ke tanah air dengan mendoakan agar dikurniakan haji yang mambrur dan menjadi muslim yang lebih baik dari sebelumnya in sya Allah.

Kali ini, SihatMurah nak berkongsi amalan kesihatan baginda Rasulullah tercinta supaya dapat di ikuti oleh kita semua.Bukan fizikal semata-mata, rohani pun dijaga. Bagi yang ingin tambahkan tenaga dan perlukan supplement tambahan, jangan segab-segan hubungi SihatMurah. :)

Post ini bersumberkan laman web Aku Islam

Jom sihat cara Rasulullah!!




Ini adalah cara Rasulullah menjaga kesihatan diri agar tetap sihat
SELALU BANGUN SEBELUM SUBUH
Rasulullah mengajak umatnya untuk bangun sebelum Subuh bagi melaksanakan solat sunat, solat fardhu dan solat Subuh secara berjemaah.
Hal ini memberi hikmah yang mendalam antaranya mendapat limpahan pahala, kesegaran udara subuh yang baik terutama untuk merawat penyakit tibi serta memperkuatkan akal fikiran.
AKTIF MENJAGA KEBERSIHAN
Rasulullah sentiasa bersih dan rapi. Setiap Khamis atau Jumaat, Baginda mencuci rambut halus di pipi, memotong kuku, bersikat serta memakai minyak wangi.
“Mandi pada hari Jumaat adalah sangat dituntut bagi setiap orang dewasa. Demikian pula menggosok gigi dan pemakai harum-haruman.” (HR. Muslim)
TIDAK PERNAH MAKAN BERLEBIHAN
Sabda Rasulullah yang bermaksud: “Kami adalah satu kaum yang tidak makan sebelum lapar dan apabila kami makan tidak terlalu banyak (tidak sampai kekenyangan).” (Muttafaq Alaih)
Dalam tubuh manusia ada tiga ruang untuk tiga benda: Sepertiga untuk udara, sepertiga untuk air dan sepertiga lainnya untuk makanan.
Bahkan ada satu pendidikan khusus bagi umat Islam iaitu dengan berpuasa pada Ramadan bagi menyeimbangkan kesihatan selain Nabi selalu berpuasa sunat.
GEMAR BERJALAN KAKI
Rasulullah berjalan kaki ke masjid, pasar, medan jihad dan mengunjungi rumah sahabat. Apabila berjalan kaki, peluh pasti mengalir, roma terbuka dan peredaran darah berjalan lancar.
Ini penting untuk mencegah penyakit jantung. Berbanding kita sekarang yang lebih selesa menaiki kenderaan. Kalau mahu meletakkan kenderaan, mesti letak betul-betul di hadapan tempat yang hendak kita pergi.
TIDAK PEMARAH
Nasihat Rasulullah ‘jangan marah’ diulangi sampai tiga kali. Ini menunjukkan hakikat kesihatan dan kekuatan Muslim bukanlah terletak pada jasad, tetapi lebih kepada kebersihan jiwa.
Ada terapi yang tepat untuk menahan perasaan marah iaitu dengan mengubah posisi ketika marah, bila berdiri maka hendaklah kita duduk dan apabila sedang duduk, maka perlu berbaring.
Kemudian membaca Ta’awwudz kerana marah itu daripada syaitan, segera mengambil wudhu’ dan solat dua rakaat bagi mendapat ketenangan serta menghilang kan gundah di hati.
OPTIMIS DAN TIDAK PUTUS ASA
Sikap optimis memberikan kesan emosional yang mendalam bagi kelapangan jiwa selain perlu banyakkan sabar, istiqamah, bekerja keras serta tawakkal kepada Allah s.w.t.
TIDAK PERNAH IRI HATI
Bagi menjaga kestabilan hati dan kesihatan jiwa, semestinya kita perlu menjauhi daripada sifat iri hati. “Ya Allah, bersihkanlah hatiku dari sifat-sifat mazmumah dan hiasilah diriku dengan sifat-sifat mahmudah.”
PEMAAF
Pemaaf adalah sifat yang sangat dituntut bagi mendapatkan ketenteraman hati dan jiwa. Memaafkan orang lain membebaskan diri kita daripada dibelenggu rasa kemarahan.
Sekiranya kita marah, maka marah itu melekat pada hati. Justeru, jadilah seorang yang pemaaf kerana yang pasti badan sihat.
“BAHAGIA sebenarnya bukan MENDAPAT tetapi dengan MEMBERI. Sebenarnya, banyak lagi cara hidup sihat Rasulullah. Semoga hati kita semakin dekat dengan Nabi yang amat kita rindukan pertemuan dengannya.”

Untuk sebarang pertanyaan dan pembelian produk, sila hubungi Mizz Uwa dengan menghantar email ke uwa_chomey@yahoo.com atau SMS di talian 019 - 555 8027

Sunday, October 21, 2012

Homemade food makanan terbaik untuk bayi

Assalamualaikum

Sempena bulan Dzulhijjah yang penuh barakah ni, saya nak kongsi tips membuat makanan untuk bayi. Haa, bukan sekadar makanan bayi yang biasa ye, makanan bayi yang terbaik!!



Kita kadang-kadang sangat tak sedar bahawa alasan kita yang tak cukup masa telah menyebabkan kita mengabaikan sisi penting iaitu penyediakan makanan yang halal, bersih dan cukup zat galian untuk bayi dan anak-anak. Faktor ini adalah 'common' tak kira sama ada ibu yang bekerja, atau suri rumahtangga sepenuhnya.Jadi macam mana nak atasi ni?

1.Betulkan mind-set anda dulu.


  • Sebenarnya masa cukup. Cuma perlukan plan yang lebih baik
  • Sanggup ke kita bagi anak-anak makanan instant? Nestum la, gerber lah..semua tu penuh pengawet! Kalau tak berpengawet tu, tipulah. Macam mana nk tahan berbulan2 kalau tkde sumber untuk bagi makanan tu tahan, betul tak?
  • Semua ibu boleh masak untuk bayi dan ianya tak susah!

2. Resepi mudah untuk anda buat

  • Bubur adalah paling simple untuk dimasak. Boleh buat hari-hari (kalau yang rajin) atau seminggu dua kali (bagi yang tak berapa rajin) atau sebulan dua kali (yang paling sedikit rajinnya)
  • Aik? sebulan dua kali? Macam mana nk store? Haa, yang tu lepas ni saya akan kongsi tipsnya. Makanan untuk bayi ni memang ada caranya, macam cara kita simpan store EBM jugak la lebih kurang.
  • Pasta and the geng. Yang ni pun senang.Celup-celup, rebus-rebus, tambah sikit sos, daging dan sayur, dah siap!


3.Pelbagaikan 'add-on' dalam resipi utama

  • Contoh kalau utama adalah bubur, jangan la dok kasik bubur kosong atau bubuh ayam aje. kalau seminggu bayi atau anak kita makan mende yang sama, tak ke budak tu tensen? Kalau kita orang tua kene hidang bubur tambah ayam aje, meluat jugak kan?
  • Gilir-gilirkan.masakan 1 ayam dan carrot. masakan 2 ikan, kubis bunga, baby corn. masakan 3 asparagus, cendawan dan ikan bilis dan begitulah seterusnya

4. Makanan untuk bayi dan anak-anak yang allergic

  • Kadang-kadang kita memang tak tahu apa yang anak kita tak boleh makan. Jadi disarankan, masak masakan yang sama untuk 3 hari. 
  • contoh bubur tambah ayam dan baby corn. kalau 3 hari ok, then boleh tambah carrot. Say lepas masak carrot tu naik ruam atau gatal, jadi kita tahulah carrot adalah sebabnya. Faham kan?

Ok.rasanya sampai sini dulu.Nantikan lagi tips untuk penjagaan bayi dan anak-anak anda.
Sharing is caring..


Love

Mizz Uwa

Untuk sebarang pertanyaan dan pembelian produk, sila hubungi Mizz Uwa dengan menghantar email ke uwa_chomey@yahoo.com atau SMS di talian 019 - 555 8027


Wednesday, July 18, 2012

Hitung kesyukuran bukan kesusahan

Assalamualaikum

Ape khabar semua? Semoga sihat dan sentiasa bahagia dalam kehidupan. Sihat dan bahagia ni penting untuk seiring. Kalau orang sihat tak bahagia, jiwanya kosong. Kalau orang bahagia tak sihat, fizikal nya lemah. Tapi dalam banyak-banyak nikmat, tetaplah nikmat Iman dan Islam yang paling utama utk seorang muslim.

Puan Uwa ni tengah selsema. Ada rasa nk demam sikit tapi masih Ok.
Semalam hari kedua berkursus. Memotivasikan diri untuk menjadi hamba Allah yang lebih baik. Baik dari sudut pekerjaannya dan paling penting dari sudut peranannya sebagai hamba Allah yg terbaik. barulah kita panggil Mukmin Professional!

Puan Uwa diberi kesempatan berjumpa dengan 'idola' dari sekolah menengah dulu, Ustaz Pahrol Mohd Juoi. Ustaz ni mmg terkenal dengan buku-buku tulisannya, ceramah, motivasi dan sebagainya. Lirik lagu nasyid pun ada macam lagu Ratu Syahadah dari In-Team.

Antara banyak-banyak isi kandungan program semalam, yang paling dekat sangat dihati Puan Uwa adalah ayat ini:

"Hitunglah kesyukuran kamu, jangan hitung kesusahan kamu"







Nampak simple tapi dalam maknanya. Kenapa? Kita ni hamba Allah yang sangat kerdil. Sangat! Kalau nak dihitung nikmat yang Allah bagi, tak boleh ditulis dengan apa pun. Dari nikmat udara, nikmat fizikal yang sempurna, nikmat makan minum, nikmat berpakaian dan hatta nikmat untuk buang air sekalipun! (Cuba imagine kalau tak boleh &#*$ dalam masa berhari-hari, tak mau sakit jiwa dibuatnya?

"Dan seandainya apa yang ada dibumi daripada pohon-pohon dan pena dan laut (menjadi tinta) ditambahkan kepadanya tujuh laut (lagi), tidaklah akan habis (ditulis) kalimat Allah. Sesungguhnya Allah adalah al-'Aziz (Maha Perkasa), lagi al-Hakim (Maha Bijaksana)." Surah Luqman ayat ke 27

Kita ni dalam hidup lebih banyak mengeluh sebenarnya

"Customer kurang la bulan ni"
"Tak cukup la duit nk buat beli biskut raya"
"Kereta aku ni buruk la, bile boleh tukar ni"
"Anak aku ni kenapa la kurus sangat"

Macam-macam la kita membebel. Tapi kita tak sedar ye, customer tu la yang Allah berikan untuk uji kita ni dah cukup usaha ke belum. Duit yang tak berapa ada tu, mungkin kita lupa nk bersihkan dengan berzakat, infaq dan sedekah. Kereta kita walaupun buruk, ada la jugak kereta. Tanya orang yang ade motor aje atau yang jalan kaki aje, kalau hujan ape die rasa? Anak kita walaupun kurus, ade jugak anak. Ce tanya orang yang bertahun-tahun cuba dapat anak tapi tak dapat, ape die rasa?

"Jika kamu bersyukur, maka Aku akan menambah (nikmat) itu kepada kamu. Dan jika kamu engkar maka sesungguhnya seksa Aku amat pedih" - Surah Ibrahim, ayat 7

Jadi saya mengingatkan diri sendiri dan yang lainnya, belajarlah bersyukur dalam hidup. Memang kita makhluk yang lemah, mesti ada tersasul2 tapi pintu taubat Allah tu luas. Cubalah kita sama-sama renung dan tengok, cukup bersyukur tak diri kita ni? Cukup tak?

hmm..

Tepuk dada, tanyalah iman


Sunday, July 8, 2012

Takdir, bukan kebetulan!

Assalamualaikum

Dulu saya aktif berblog. Mungkin ada yang pernah mengunjungi blog saya. Namun entah mana silapnya, blog saya kini penuh debu.

Saya diberi kesempatan Allah untuk menulis dengan banyak ketika itu. Kali ini, saya ingin kongsikan satu post yang pernah saya tulis satu ketika dulu. Tentang takdir.

Post asal pada 8 April 2008 boleh dibaca di: Takdir bukan kebetulan




-----------------------------------------------


Takdir bukan kebetulan

"Katakanlah: "Siapakah yang dapat melindungi kamu dari (takdir) Allah jika Dia menghendaki bencana atasmu atau menghendaki rahmat untuk dirimu?...” (Ahzab: 17)


"Dan di langit terdapat (sebab-sebab) rezkimu dan terdapat (pula) apa yang dijanjikan kepadamu*". (Ad-Dzariyat:22)

* Yang dimaksud dengan apa yang dijanjikan kepadamu ialah takdir Allah terhadap tiap-tiap manusia yang telah ditulis di Lauhul mahfudz.


"Dan pada sisi Allah-lah kunci-kunci semua yang ghaib; tidak ada yang mengetahuinya kecuali Dia sendiri, dan Dia mengetahui apa yang di daratan dan di lautan, dan tiada sehelai daun pun yang gugur melainkan Dia mengetahuinya (pula), dan tidak jatuh sebutir biji-pun dalam kegelapan bumi, dan tidak sesuatu yang basah atau yang kering,melainkan tertulis dalam kitab yang nyata (Lauh Mahfudz)" (Al-An’aam:59)


“… Semuanya tertulis dalam Kitab yang nyata (Lauh mahfuzh) “ (Surah Hud: 6)


Tiada suatu bencanapun yang menimpa di bumi dan (tidak pula) pada dirimu sendiri melainkan telah tertulis dalam kitab (Lauhul Mahfuzh) sebelum Kami menciptakannya. Sesungguhnya yang demikian itu adalah mudah bagi Allah.“(Al-Hadid: 22)

**********************************************************************

Assalammualaikum wbt

Takdir.....

Apa jua yang berlaku adalah takdir dan telah tertulis di Lauh Mahfudz. Tiada kebetulan dalam hidup. Tiada yang bernama kebetulan.

Saat saya memilih baju kurung berwarna biru tua untuk dipakai hari ini, itu adalah atas hidayah Allah. Telah ditakdirkan.

Saat saya menghabiskan bacaan sesuatu buku, telah Allah takdirkan bahawa buku itu akan habis saya baca

Saat saya yang sepatutnya berehat di atas katil rumah, berjalan berjam-jam di Pesta Buku Antarabangsa semalam dan berpeluang pula menghibur diri dengan berada disekeliling buku. Itu telah ditakdirkan.

Saat saya menaip untuk entri ini, telah tertulis bahwa saya akan menulis entri ini.

Saat saya bertemu dengan seorang senior yang telah hampir 9 tahun tidak bertemu di Pesta Buku Antarabangsa,dia juga kehilangan telah ditakdirkan hilang handphone nya pada malam yang sama!

Semuanya telah ditakdirkan. Semuanya tertulis.Semuanya ada. Semuanya adalah atas kuasaNya.Semuanya atas seizinNya

La Khaula Wa La Quwwata Illa Billah

(Tiada daya dan tiada kekekuatan melainkan dengan izinNya)

Dan

Telah ditakdirkan saat membuka radio iKim tika memandu, terus ayat 2 dan 3 dari surah At-Thalaq saya dengarkan.

Telah ditakdirkan, selepas itu, doa tentang ‘ketika ditimpa musibah’ yang dikupaskan di radio.

Indah
sangat indah takdir itu.

Dan keindahannya tidak hanya itu.Saat saya membelek-belek majalah i keluaran April disisi katil, ke ruangan Teladan Hidup kelolaan Ust Hasrizal, satu keindahan yang terindah yang juga ditakdirkan Allah berlaku.

Saya bicara tentang ujian. Saya bicara tentang iman. Kerana itu yang berlegar dalam fikiran saya kebelakangan ini. Dan petang itu, ditakdirkan, seolah-olah semua rasa, fikiran dan emosi saya telah ‘DIRUMUSKAN’ dalam artikel tulisan Abu Saif ini. Saya kongsikan hanya petikan dari artikel itu, selebihnya kalian boleh baca dalam Majalah i.

*************************************************************************

“Dimana saya nak cari kekuatan, kecuali dari Yang Maha Kuat. Ustaz nampak saya kuat, tetapi yang kuat adalah Dia.Saya meminjam kekuatan dengan bergantung kepada-Nya,” kata ayah seorang pesakit kepada saya.

Saya mengangguk.

Tak ada sesiapa dikalangan kita yang mampu mengimaniNya.Kita yang lemah dan serba tiada ini, mahu mendakwa telah berpegang dengan kebesaran Dia? Mustahil...,” sambungnya lagi.

“Itulah sebabnya Allah memanggil didalam al-Quran, wahai orang-orang yang beriman, berimanlah kamu kepada Allah (Al-nisaa’:136),” saya menambah.

Ya...Allah suruh orang-orang yang rasa dirinya beriman untuk lihat balik, kamu beriman dengan apa…dengan siapa?,” sambung beliau.

Kami sama-sama terdiam. Allah jua yang tahu perasaan saya semasa merenung wajah anaknya yang sedang bertarung dengan ujian Allah itu. Terasa mengalir kuatnya yakin si ayah untuk mentafsirkan kesakitan anaknya sebagai suatu kebaikan.

“Apa guna kita esakan Dia? Kalau bukan untuk hancurkan kita.Hancurkan diri....,” beliau seperti bercakap degan dirinya sendiri.

“Hancurkan ego, hancurkan rasa memiliki,” saya cuba mengemaskinikan ayatnya.

Ya ustaz.Selagi ada dalam jiwa ini rasa memiliki, selagi itulah kita mengeluh dengan kehilangan dan kekurangan.Lupa pada apa yang diberikanNya.Walhal nanti kita DITEMPELAK DENGAN NIKMAT YANG DIBERI, BUKAN NIKMAT YANG PERGI,” katanya.

Air mata sudah hendak ditahan. Terasa tepu dada saya menelan kata-kata yang datang dari keyakinan si bapa. Bukan ucapan pengetahuan, tetapi keyakinan. Pecah juga genang air dimata saya tetapi cuba saya sembunyikan dari pandangan si anak yang terlantar. Dia harus terus kuat untuk bertahan dan kami di sekelilingnya mesti menyokong dia agar terus kuat.

“Tak salah ustaz.Saya tak marah isteri saya menangis. Tetapi pesan saya kepadanya supaya jangan hanya menangis.MENANGISLAH SAMPAI MEYAKINI DIA.Sebagaimana ketawa jangan sampaikan lupakan Dia.Jika dengan ujian seperti ini MASIH TAK MAMPU YAKIN PADA-NYA, ITULAH YANG PATUT DITANGISI,”amat dalam kata-kata si ayah.

Saya seperti mahu tersepuk ditepi katil. Sayalah yang ‘bodoh’ dan jahil dihadapan situasi ini. Mengangguk lemah…

*****************************************************************************

Cukup rasanya tergambar apa saya maksudkan dengan RUMUSAN di atas tadi, bila artikel ini habis dibaca.

Saya juga jujurnya hilang kata saat membaca artikel ini.

“Maka nikmat Tuhan yang manakah yang kamu dustakan????????”
Astagfirullah…
Astagfirullah..
Astagfirullahal azim


Takdir 

Dihempas gelombang dilemparkan angin
Terkisah bersedih bahagia
Di indah dunia yang berakhir sunyi
Langkah kaki di dalam rencanaNya

Semua berjalan dalam kehendakNya
Nafas hidup cinta dan segalaNya

Dan tertakdir menjalani segala kehendakMu ya robbi
Ku berserah ku berpasrah hanya padaMuya robbi

Bila mungkin ada luka coba tersenyumlah
Bila mungkin tawa coba bersabarlah 
Karena air mata tak abadi
Akan hilang dan berganti 

Bila mungkin hidup hampa dirasa
Mungkinkan hati merindukan Dia
Karena hanya denganNya hati tenang
Damai jiwa dan raga


Album : Semesta Bertasbih
Munsyid : Opick Feat Melly Goeslaw


Wallahu’alam
Wassalaam

Wardah as-Syauk
1 Rabi’ul Akhir 1429H
8 April 2008


************************************************************************

Nota kaki: Entri tentang TAKDIR ini ditulis sekadar ASAS.Asas semata-mata. Saya tidak berniat utk membuka ruang pada kupasan yang lebih mendalam. Sebenarnya banyak yg perlu dibincang kerana soal takdir bukan setakat terhenti disini kupasannya.

Sila rujuk lebih lanjut tentang Qadha dan Qadar, berdoa dan tawakkal, dan dapatkan ulasan lebih lanjut tentang takdir dari yang lebih alim.

Astagfirullah

In sya allah, moga ada berkah dan khair dalam setiap amal

Thursday, July 5, 2012

Checklist Ramadhan 1433H

Assalamualaikum semua

Sedar tak sedar, Syaaban sudah pun sampai di pertengahannya.
Tak lama lagi muncullah bulan penuh barakah yang kita tunggu-tunggu selama ini!

Sudah buat persiapan untuk menyambut tetamu Mulia?
Dalam pada kita bersedia untuk beramal, jangan lupa kesihatan harus dijaga.
Pastikan stamina sentiasa cukup untuk beramal dengan selesa

Siapa yang pernah dengar tentang Checklist Ramadhan?
Checklist ini bertujuan untuk 'track' amal kita.
Bukan untuk menunjuk kepada sesiapa. Cukuplah buat kita sendiri menilai, sejauh mana amal kita sudah terlaksana atau dimana dapat dibaiki untuk masa akan datang. :)

Kini, anda boleh dapatkan Checklist ini secara percuma!





Senang sahaja.

Beli mana-mana set Trial atau Full Pack atau Set Triple Gem anda, dan dapatkan Checklist ini secara percuma. :)

Mudah mudahan ianya membantu anda. In sya Allah

Selamat mencuba dan selamat beramal!

Untuk sebarang pertanyaan dan pembelian produk, sila hubungi Mizz Uwa dengan menghantar email ke uwa_chomey@yahoo.com atau SMS di talian 019 - 555 8027


Saturday, June 16, 2012

The beginning

Bismillah walhamdulillah
Assalamualaikum warah matullah

Kesihatan adalah antara aspek paling penting dalam hidup kita.
Tanpa tubuh badan yang sihat, kekuatan melakukan amal tidak berada dalam tahap yang maksimum.

Pernah dengar tentang Shaklee?



:)

In sya Allah dalam blog ini, saya akan berkongsi dengan anda pelbagai tips kesihatan dan pengalaman untuk kebaikan bersama.

Stay tune!

Contact me at uwa_chomey@yahoo.com or SMS 019-555 8027

:)

salwasaleh.com