Thursday, November 8, 2012

Antara fakta dan auta

Assalamualaikum

Pernahkah pembaca semua membaca firman Allah dalam surah Hujurat, ayat ke 6?


"Wahai orang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidiklah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menampakkan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) sehingga menyebabkan kamu menyesali perkara yang kamu lakukan." 

Saya nak bercerita tentang kisah skeptikal saya terhadap surat-surat khabar (dan juga siaran berita) di Malaysia terutamanya yang jatuh dalam kategori tabloid. Bukan kerana menafikan kerja wartawan dan penulis di ruangan yang ada, tapi mempertikaikan etika kewartawanan yang pada saya belum berada ditahap sesuai untuk negara membangun seperti Malaysia.

Kalau nak cerita kisah saya dari dulu, panjang pula jadinya. Maka, saya nak ambil contoh yang berlaku pada adik saya sendiri beberapa hari lepas. Al-kisah, si adik mengikut rombongan ekspedisi memanjat Gunung Datuk (ketika musim hujan?? isyk). Ditakdirkan Allah, sesuatu telah berlaku sehingga adik saya jadi glamour kerana keluar surat khabar. Sila rujuk di laman berikut:

DI USUNG TURUN GUNUNG

Dah baca? Secara ringkasnya, wartawan tu kata:


  • Adik ni asal dari Bagan Datoh
  • Ade sakit lutut sejak kecil
  • Sakit tu berulang waktu panjat gunung
  • Berat badan 75kg menyukarkan nak bawa turun gunung
  • Ketua Skuad penyelamat menasihatkan supaya kesihatan berada ditahap yang baik kalau nak panjat gunung


 Kalau jadi pembaca tentu kita akan kata, dah tau sakit, yang gatal pegi panjat gunung (dah la time hujan) tu buat apa? Cari bala betul.

Jom pulak kita tengok fakta sebenar:


  • Adik saya ni (dan saya juga) berasal dari Teluk Intan
  • Tak pernah dalam sejarah dia ade sakit lutut pun
  • Dia sebenarnya terjatuh sewaktu turun dari Gunung kerana hujan lebat
  • Mulanya masih boleh berjalan, tetapi lepas tu lututnya 'dislocate' dan terpaksa pinta bantuan skuad penyelamat kerana memang tak boleh bergerak dah
  • Berat badan dia bukan 75kg (macam mana diorang boleh timbang plak time tu?)


Hmmm...dari seluruh artikel, tak sampai 50% boleh pakai. Itu baru perkara kecik? Cuba kalau hal-hal yang melibatkan perkara yang lebih besar macam rasuah, skandal dan sebagainya???
Tak ke mengaibkan orang dengan fakta yang auta?

Fikir-fikirkan dan selamat beramal!

:)

Untuk sebarang pertanyaan dan pembelian produk, sila hubungi Mizz Uwa dengan menghantar email ke uwa_chomey@yahoo.com atau SMS di talian 019 - 555 8027

0 comments:

Post a Comment

salwasaleh.com